Hello gaisss so this week kita akan bincang tentang psikologi tentang bentuk logo. Ye, bentuk logo pun memainkan peranan juga dalam business kita. Actually kalau kita tengok en, banyak juga kriteria yang perlu kita amik tahu sebelum nak berkecimpung dalam bidang perniagaan ini. Without further ado, jom kita bincang tentang bentuk.
Jadi bentuk ini terdiri daripada beberapa jenis, namun hakikatnya the reason why kita senang nak ingat jenis atau bentuk logo tersebut sebab otak kita sudah dibentuk untuk mengenali sesuatu bentuk dan mengingati sebagai sebuah proses pembelajaran. Ingat tak time kecik2 dulu, kita akan belajar tentang segi empat, bulat, bujur dan sebagainya? Konsep yang sama telah dipraktikan ke alam seni reka logo. Jadi mari kita tengok jenis2 reka bentuk logo yang biasa digunakan.
Segi Empat dan Segi Empat Tepat
Reka bentuk ini memberi gambaran bahawa sebuah perniagaan tersebut berani dan juga stabil. Segi Empat Tepat seringkali dikaitkan dengan sifat boleh dipercayai dan juga keeteguhan. Selain itu, garisan yang lurus dalam kedua-dua bentuk ini melambangkan sikap professionalisme. Reka bentuk ini sesuai jika business anda berhubung kait dengan kewangan ataupun news.
Bulat, bujur dan elips
Haa.. ketiga-tiga ini bukanlah bentuk yang paling popular di luar sana, namun bulat melambangkan stabiliti dan juga kolaborasi. Biasanya, logo yang mempunyai unsur bulat, bujur dan elips ini direka untuk menunjukkan sifat yang mengalu-alukan, kesatuan dan juga sesuatu yang positif. Reka bentuk ini boleh dilihat di pelbagai jenis industri dari industri otomotif seperti Mercedes Benz hinggalah ke pasar raya seperti Target di USA.
Segi Tiga
Segi Tiga ni pun macam abang dorang segi empat dan segi empat tepat kerana ia juga terdiri daripada garisan lurus dan bucu yang tajam. Namun, segi tiga dianggap lebih edgy dari segi empat dan segi empat tepat. Segi tiga melambangkan stabiliti dan juga pergerakan. Anda boleh memilih untuk menggunakan reka bentuk ini jika anda berada dalam industri perubatan alternatif ataupun sukan ekstrem.
Setakat itu sahaja perkongsian untuk minggu ini, jumpa lagi minggu depan untuk mengetahui cara pemilihan macam mana nak apply psikologi reka bentuk logo.