Hello korang, kita jumpa lagi minggu ni, so minggu ni kita nak bincang macam mana nak apply psikologi reka bentuk ke dalam logo business kita.
Nilai Jenama
Kita kena tahu nilai jenama kita sebelum membuat pilihan reka bentuk yang sesuai. Sebab logo ni la yang akan mempengaruhi brand kita nanti apabila jenama kita semakin membesar.
Representasi
Selain itu, kita juga kena amik tahu tau bukan setakat representasi reka bentuk tu je, namun kita juga kena amik tahu adakah reka bentuk tersebut dapat disambungkan dengan reka bentuk yang lain. Walaupun satu jenis reka bentuk tersebut boleh berdiri secara bebas, namun ia akan menjadi lebih hebat kalau dapat digabungkan dengan reka bentuk yang lain.
Segi Empat Tepat dan Segi Empat Sama
Kedua-dua bentuk ini merupakan reka bentuk yang sangat fluid dan boleh ditukar di dalam logo. Misal contohnya logo T Mobile, ia menunjukkan sifat yang boleh diharap. Selain itu, logo Uniqlo juga merupakan contoh yang baik juga bagi reka bentuk ini. Dari logo Uniqlo, para pelanggan dapat tahu bahawa produk mereka sangat berkualiti. Jika itu lah yang anda ingin sampaikan kepada target audience kita, maka reka bentuk ini la paling sesuai untuk logo kita.
Bulat, bujur dan elips.
Untuk reka bentuk ini pula, kita boleh gunakan reka bentuk bulat untuk highlight sesuatu yang spesifik di dalam design tersebut. Selain itu, kita juga boleh gabungkan tulisan yang bulat seperti GOOGLE. Jika anda ingin mereka sesuatu yang memberi impak positif atau memberi pandangan emosi yang berkaitan anda boleh mempertimbangkan penggunaan reka bentuk bulat di dalam logo anda.
Segi Tiga
Segi Tiga boleh memberi mesej yang berbeza bergantung kepada arah susunannya. Ia boleh digunakan untuk memberi impak yang lebih mendalam untuk perkataan seperti logo Kenwood. Ia juga boleh digunakan sebagai framing of the font seperti logo band Metallica. Ia memberikan impak yang edgy dan juga cool.
Walaubagaimanapun, tidak ada betul atau salah di dalam rekaan logo. Tapi logo yang terbaik adalah logo yang tidak akan lapuk atau ditelan zaman. Setakat itu sahaja coretan minggu ini, jumpa lagi.