Ramai orang mempunyai angan-angan untuk menjadi usahawan, namun tak ramai yang betul-betul cuba untuk mencapai angan-angan tersebut. Ini kerana ramai yang takut untuk start sebab merasakan mereka tiada idea inovasi yang cukup hebat untuk memulakan perniagaan tersebut. Hakikatnya, untuk menjadi usahawan anda tidak memerlukan idea yang gah tetapi dengan hanya 3 tips ni sahaja. Nak tahu apa tips tu? Teruskan membaca.
#1 FOKUS PADA SATU NICHE
Tidak kira dalam apa industri sekalipun, mesti akan ada a few niches. Let’s say cosmetics; anda boleh focus solely pada lip products, atau organic product, or mungkin juga pada eye products? Tumpukan focus anda pada satu industri besar, kemudian kenalpasti sub-segment daripada customer group yang besar tu, kemudian identify apa problem yang mereka alami or yang mereka tolerate dengan produk atau servis sedia ada. Dari situ, anda tweak sedikit problem tersebut dan tadaaa, anda dah boleh memulakan bisnes anda.
#2 INNOVATE SMALL
Macam yang kita dah bagitau di hujung point pertama, pilih satu industry, identify the problem, fix the problem that most current businesses are ignoring. Seperti contoh pemandu teksi yang gagal memberikan konsistensi pada servis mereka, jadi Grab pun wujud untuk tackle masalah ni. Satu lagi contoh ialah brand ENya yang menggunakan 100% bahna organik untuk membuat women’s sanitary pads yang sebelum ini tidak ada di pasaran. Banyak lagi contoh yang boleh diambil tetapi itulah konsepnya. Tidak perlu inovasi yang besar-besar pun, yang kecil pun sudah memadai untuk fulfil customers’ needs.
#3 START SMALL, SCALE BIG
Tiada masalah pun jika anda adalah small scale startup business, tapi gunakan semua platform yang ada untuk besarkan scale korang tu. Sebagai contoh, gunakan platform Shopee yang popular di kalangan rakyat Malaysia untuk expand your scales. Jadi bila brand anda dah berjaya dikenali ramai, anda sudah ada satu platform yang boleh bantu besarkan lagi scale business anda. Lagi satu yang dimaksudkan dengan start small ni, kaulau boleh, jangan hire pekerja pada awal peringkat bisnes anda selagi anda tak cukup stabil untuk hire full time positions.
Baiklah, untuk harini kita dah kasi 3 tips berguna untuk bakal usahawan di luar sana. Semoga anda gunakan tips ni sebaiknya!