3 TIPS MUDAH MEMILIH WARNA BRAND SUPAYA PELANGGAN SENANG INGAT

Nak cipta brand identity ni memang mudah. Anda boleh buat je logo anda guna microsoft word atau upah je designer di Fiver. Tapi apa yang tak bestnya bila kita rasa warna brand kita tu tak kena atau tak sesuai.

Kita habiskan masa lama sampai tak tido malam mencari warna yang sesuai. Tengok je tak kena. Kita asyik ulang perkataan ni “Something is wrong!”.

Bila anda dah salah pilih brand colours, dia akan attract the wrong audience pada brand anda dan kesan daripada ini, brand anda akan susah untuk grow dan susah nak dikenali sebab memang susah untuk ingat.

Kebiasaannya para usahawan lebih-lebih lagi usahawan muda bila memilih warna untuk brand, mereka tidak memikirkan tentang audience mereka. Ini boleh menyebabkan mimpi ngeri kepada mereka kerana tidak mula dari awal.

Jangan risau, kami akan berikan tiga tips mudah bagi anda memilih warna brand supaya pelanggan senang ingat dengan brand anda.

#1 APA FOKUS JENAMA ANDA?

Anda perlulah tahu apa focus brand anda dari segi goals dan target audience anda. Apa yang anda mahu audiens anda rasa bila teringat brand anda? Seperti contoh, Coca-cola menggunakan vibrant red sebagai brand colour mereka to appear energetic dan bold dimana ia selari dengan goal mereka, iaitu untuk memberikan kebahagiaan dan confidence kepada customers. Bila anda dah ada clear idea apa goal anda, barulah anda boleh pilih warna yang sesuai untuk brand.

#2 LOOKS AND FEELS

Kalau korang perasan, banyak business f&b menggunakan warna merah, kuning dan oren pada logo mereka. Ini kerana, warna-warna panas ni akan merangsang rasa lapar pada mereka yang melihatnya. Selain itu, warna-warna yang disebutkan ini dapat grab attention pelanggan. Bila tengok logo korporat pula, mesti banyak yang akan guna warna biru, kan? Benda ni sebenarnya berkaitan dengan psikologi warna. Bila anda faham psikologi di sebalik setiap warna, boleh lah anda pilih a good colour that can help you spark emotions dari pelanggan anda.

#3 JANGAN TAKUT UNTUK EXPERIMENT

Nothing is ever perfect, kan? Rasanya ramai tahu yang warna berbeza akan memberikan impak dan emotions yang berbeza kepada customers anda. Jadi, make sure anda experiment dengan beberapa pilihan warna dahulu sebelum membuat pilihan untuk memastikan anda jumpa the right colour palette yang sesuai dengan brand anda. Anda juga boleh buat mood board supaya plans anda tu nampak lebih clear sebelum membuat pilihan.

Membina satu brand ni memang mengambil masa. Mencari warna yang sesuai dengan brand anda juga memerlukan ketelitian. Jika salah memilih warna, it will impact your brand badly.

Kalau anda mahu belajar lebih lagi, jangan lupa untuk join channel telegram kami!

>>> https://t.me/belajarbrandingqis

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn