5 TIPS MEMILIH “TYPE” YANG SESUAI UNTUK LOGO ANDA

Hello semua! Harini kita nak bagi tips bagaimana nak pilih font yang sesuai untuk logo korang. Teruskan membaca kalau berminat!

#1 KENALPASTI BRAND IDENTITI ANDA

Sebelum korang pilih font apa yang korang nak letak pada logo, korang kenalah tahu identity brand korang dan imej apa yang korang nak tunjukkan pada audiens.

At least korang perlu tahu the basics of your brand identity. Disebabkan setiap font mempunyai psychological effectnya sendiri, memilih font mengikut identity brand korang tu sangatlah penting. Kita nak elakkan daripada orang tersalah anggap contohnya, customer datang bengkel kereta sebab ingatkan butik pakaian. Ha kan dah hilang prospek!

#2 KENALPASTI TARGET AUDIENCE ANDA

Blogging concept Free Vector

Kalau korang nak buat the perfect logo, korang kena kenal siapa target audience korang. Research tentang minat mereka dari segi warna, bentuk dan style.

Walaupun ia nampak agak payah, tapi the outcome nanti pasti hebat since a successful branding depends from korang punya branding style sendiri as well as minat target market korang.

#3 AMBIL KESEMPATAN DENGAN MISSED OPPORTUNITIES

Businessman missed target Free Vector

Ianya penting untuk korang ambil tahu tentang competitors korang, baik dari segi website mahupun logo. Ni bukan untuk korang curi idea competitors eh, no no!

Kita nak set ourselves apart dari brands lain so kita perlu analyse apa yang competitors kita buat and tahu apa yang mereka buat betul atau salah so that kita boleh ambil peluang yang mereka terlepas tu. Belajar dari kesilapan mereka dan tengok apa yang korang boleh perbaiki untuk brand korang.

#4 MAKE IT SIMPLE

Lightbulb illustration Free Vector

Readability tu penting untuk font sesebuah logo. Kalau audiens tak boleh baca nama brand korang pada logo tu, kemungkinan besar mereka takkan berurusan dengan brand korang.

Jadi, walaupun korang nak logo korang tu nampak ‘WOW!’, legibility of the font juga penting ya! Dan lagi satu, ambil kira tentang timelessness font tersebut, takut bila typography tu dah out of style, orang dah tak nak ambil tahu pasal brand korang.

#5 VERSATILITY

Travel advertising isometric concept Free Vector

Baiklah, tips yang terakhir!! Bila korang dah pilih a few options yang korang rasa sesuai, tengok macam mana font tersebut bila dia diubah ke beberapa format berbeza.

Korang kena ingat logo korang ni akan ada di mana-mana je tau, so kemungkinan logo yang cantik untuk social media mungkin tak nampak menarik pada billboard ads. 

Itu sahaja untuk minggu ini, semoga korang dapat menggunakan tips ni dengan sebaiknya!

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn