Hi korang, pernah tak korang terfikir yang certain brands ni ada colour masing – masing. Kalau warna biru tua teringat pula celcom, kalau kuning tu digi pula. Ha.. tengok betapa pentingnya pemilihan warna untuk jenama anda! Ia bukan sahaja kerana anda suka warna tu tetapi anda perlu memberi impak kepada customer supaya dorang akan associate warna tersebut dengan brand korang.
Warna akan mempengaruhi perasaan seseorang semasa mereka membuat sesuatu keputusan. Sebenarnya apa seseorang individu itu rasa terhadap sesuatu brand itu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada apa yang mereka fikir tentang brand tersebut
Selain itu, pengunaan yang repetitive akan memberi sebuah pengiktirafan atau awareness tentang brand tersebut. Jika korang guna warna yang sama selalu maka pada mata seorang pengguna, warna tersebut akan dikaitkan dengan brand anda.
Oleh itu, masa pemilihan warna untuk business anda, anda perlu tahu apa personaliti brand anda supaya pemilihan warna akan lebih tepat. Itu sahaja untuk minggu ini dan pada minggu depan, kita akan bincang tentang cara-cara untuk memilih warna yang bersesuaian dengan business anda. Sekian