Welcome back to blog Qis Studio ! Harini kita nak discuss about salah satu branding element yang sangat penting which is shape, Qis dah pernah cerita about brand name, colour and also font. So kita tambah lagi satu okay. Memahami psychology disebalik bentuk dan influence yang boleh bentuk berikan kepada branding anda membolehkan anda reach target audience anda dengan cara yang lebih berkesan dan meaningful.
Simple reason kenapa bentuk logo sangat penting ialah otak manusia dicipta untuk menghafal dan memberikan makna kepada mereka. Malah, cara kita memproses bentuk ialah fundamental aspects bagaimana manusia mempelajari sesuatu. Bentuk tersendiri kekal tersimpan dalam ingatan anda lama selepas anda melihatnya. Garis menegak, bulatan, segi empat sama dan segi tiga semuanya menyampaikan maksud berbeza.
Logo shape yang tepat boleh memberikan pelbagai benefits seperti
- Bantu menyampaikan emosi yang spesifik
- Encourage brand trust dan customer loyalty
- Menguatkan brand identity
#1 Circle
- Unity and commitment: Bentuk cincin sering dikaitkan dengan idea perkahwinan atau penyatuan, jadi bentuk ni menyampaikan important bond bila digunakan dalam logo brand anda.
- Positive emotional messages: Circles kelihatan softer dan lebih welcoming berbanding harshly-angled shapes seperti triangles dan squares
- Clean, simple, dan recognizable. Circle sangatlah versatile, dan aesthetically pleasing, dan sesuai untuk digunakan sebagai logo dalam semua jenis industri.
#2 Square dan rectangle
- Kalau anda cari bentuk yang professional dan sharp untuk bisnes anda, square atau rectangle adalah pilihan yang tepat dan sesuai.
- Sebagai salah satu bentuk yang agak popular, square juga digunakan untuk menggambarkan idea proportion, balance, dan professionalism.
- Square atau rectangle cukup untuk mewujudkan kepercayaan kepada customer yang mencari kekuatan dan keselamatan. After all, kebanyakkan “secure” things dalam dunia ini berbentuk rectangular atau square seperti rumah dan peti besi.
#3 Triangle
- Triangle adalah satu bentuk dinamik yang sangat futuristik dengan membawa persepsi kestabilan, intelligence dan mystic. Triangle juga mewujudkan power, strength dan energy.
- Triangle yang bentuknya masculine dan penuh dengan strong edges kebanyakkanya digunakan dalam logo industry construction, motor, legal, dan scientific industries.
#4 Organic dan spiral
- Organic shape seperti awan, bunga, daun dan haiwan banyak dijumpai dalam hidup kita. Ia juga dikenali sebagai free form shapes yang kebanyakkannya tidak rigid seperti bentuk geomatric tetapi bentuknya agak asymmetrical dan irregular .
- Natural shapes sangat memberi impak dalam diri kita yang menjadikan ia sangat berkesan dalam mewujudkan emosi dan menyampaikan message.
- Spirals pula boleh mewujudkan sense of curiosity dan healing yang mana menjadikan bentuk ini pilihan yang agak famous dalam natural product, spa dan alternative medicine.
#5 Lines
- Vertical lines mewujudkan kekuatan dan kecanggihan, malah logo anda akan appear slimmer.
- Horizontal lines mewujudkan ketenang dan kepercayaan. Jenis line yang anda pilih depend pada brand identity anda.
- Pembentukan lines dalam logo anda cukup untuk memberi impak kepada customers anda. Composition of lines ini mencipta movement dan innovation, menjadikan bentuk ini pilihan yang sesuai untuk tech logo dan minimalist logo.
Banyak betul benda baru kita belajar harini kan? Make sure apply apa korang belajar dalam bisnes korang. Once korang dah faham psychology behind shapes, korang boleh guna knowledge ni untuk create a more powerful brand. Goodluck
❣️