MAKSUD FONT DAN CARA YANG SESUAI UNTUK GUNANYA

Hello korang, ha tahukah korang everyday kita lihat beribu-ribu jenis yang berbeza tanpa kita sedari? Ya, betul menakjubkan, dari link tentang selebriti yang baru anda baca tadi ke ruangan sosial media. Semuanya mempunyai font yang berbeza, namun tak semua yang kita akan ingat. So bila kita nak pilih font yang paling sesuai untuk business kita, we have to know why we choose it.

 

Tipografi

 

Sebelum kita boleh move further into the topic, kita perlu sedar dan faham tentang tipografi. Tipografi merupakan seni penyusunan mesej yang dapat menarik perhatian dengan aesthetic. Namun ia juga memainkan peranan dalam psikologi. Kerana dengan membuat huruf lebih tebal atau nipis, kita dapat memberi impak kepada si pembaca. Misal kata perkataan itu terlalu rapat, maka yang membaca akan rasa stress ataupun hilang minat untuk baca.

 

Warna dan bentuk 

 

Kedua pula ialah warna dan juga bentuk. Kedua-dua kritiria ini juga memainkan peranan. Jika huruf mempunyai sisi atau bucu yang lebih bulat maka pembaca akan berasa lebih relax. Sama juga dengan tona warna. Kalau warna huruf atau perkataan tersebut adalah warna yang terang seperti merah maka ia akan membuat pembaca berasa lebih tertekan berbanding dengan perkataan yang mempunyai warna lembut seperti biru atau hijau muda.

 

Jadi mengapakah kita perlu guna psikologi font ini? Sebab apabila kita sedang design untuk sesuatu produk atau servis, kita akan mempunyai sebuah target di minda. Psikologi font ini la yang mampu membantu anda untuk memahami mengapa sesetengah orang react a certain way to certain products walaupun ianya bagus.

 

Jenis -jenis font

Font Serif 

 

Font serif biasa digunakan untuk create a look yang klasik dan juga tradisional. Ia memberi pandangan yang sesebuah business itu sudah established dan stabil. Maka orang akan lebih mempercayai atau hormat kepada business tersebut. Font jenis cemni lebih sesuai untuk business yang lebih formal la.

 

Font Serif Slab 

 

Ha ni pula adik kepada font serif yang biasa tu tapi ia mendatangkan gambaran yang lebih fresh. Actually dia sama je, cuma dia nampak lebih bold, fresh dan juga lain daripada yang lain. Ia sesuai digunakan untuk perniagaan yang inovatif dan ingin meninggalkan impak yang besar.

 

Font San Serif 

 

Font ni la yang sesuai untuk design yang clean, crisp dan juga moden. In other words, kalau nak design yang minimalistik, font ni la yang paling sesuai. Feeling muji begitu. Ia juga memberi sebuah gambaran yang perniagaan tersebut mempunyai keinginan untuk move forward with innovation.

 

Font Moden

 

So font ni pula seperti namanya, font yang moden. Sebenarnya font ini bukanlah font yang baru namun rupanya yang boleh change between strok yang tebal yang nipis tu membuatkannya istimewa. Font ini juga memberi pandangan yang lebih eksklusif dan dan mempunyai intelek yang tinggi. 

 

So sekarang ni dah tahu kan macam mana pelbagai jenis font memainkan peranan yang berbeza dari segi emosi yang dianjak oleh each font tersebut? Itu sahaja untuk minggu ni, jumpa korang minggu depan pulak.

 

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn