APA ITU BRAND AWARENESS ?

Ha korang mesti pernah dengar term “Brand Awareness”. Tapi apakah brand awareness dan mengapa ia sangat penting dalam bidang pemasaran. Cuba ingat, brand brand yang famous seperti Sephora, warna apa yang dorang selalu pakai? Anda akan ingat. Macam Digi, dia warna kuning. Jadi inilah yang dinamakan brand awareness. Kita ingin orang tahu tentang brand kita melalui warna, design ataupun special font.

Jadi mengapa brand awareness sangat penting apabila anda ingin memulakan sesebuah perniagaan? Sebab kita kena tangkap perhatian potential customer kita. Brand awareness berada di atas funnel marketing. Ia juga akan membantu kita sebagai peniaga untuk tahu lebih lanjut tentang pasaran kita dan juga matlamat atau goal yang kita ingin capai.

Brand Awareness mempunyai banyak manfaat.

#1 Memberi sebuah tanggapan tentang brand atau imej

Kita perlu memilih sesuatu design dan juga colour pallete untuk perniagaan kita. Bukan untuk buat pelanggan mengingati brand kita, namun untuk make sure yang dorang akan loyal dengan kita. Oleh itu, warna dan juga design sangat penting untuk hal ini. Sebab warna yang unik adalah senang untuk diingati. Designnya pula tidak perlu terlalu complicated.

#2 Dapat pangkalan data dari audience

Selain mendapat persepsi yang baik tentang brand kita, kita juga dapat memperoleh data dari client kita. Contohnya dari survey, berapa ramaikah yang tahu tentang main colour kita. Mana satu font yang digunakan atas packaging.

#3 Meluaskan pasaran

Melalui brand awareness, kita juga dapat meluaskan pasaran kita ke tempat lain. Misal kata, kita aktif dalam media social, jadi apa kata kita implement pengunaan hashtags ataupun mulakan mini series sendiri.

Tu sahaja untuk posting hari ini! Nak tahu lebih lanjut tentang brand awareness? Rajin2 kan lah ikuti blog kami.

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn