BLOG PEMASARAN DIGITAL

Adakah pemasaran digital penting untuk business anda?

Pernah tak waktu tengah scrolling kat ig tu tiba2 ada iklan tentang makanan yang awak search pagi tadi? Pelik kan? Jadi minggu ni kita nak bincang tentang pemasaran digital atau lebih dikenali sebagai digital marketing.  Mesti korang pernah dengar perkataan digital marketing itu, namun apakah digital marketing dan sejauh manakah ia dapat membantu perniagaan kita?

Pemasaran digital atau digital marketing sebenarnya dah lama la juga wujud, tapi tak ramai yang nak gunakan. Namun sebab si covid menyerang seluruh dunia, para perniaga dah takda cara lain tapi belajar dan pickup skill digital marketing ni. Namun apakah digital marketing tu?

Pemasaran Digital (Digital Marketing)

Pemasaran Digital ialah pemasaran di mana pelbagai jenis digital channel digunakan untuk memberi kesedaran tentang business, promosi ataupun produk kepada targeted audience ataupun pengguna bersasar. Antara contoh digital channel adalah seperti media sosial eg: Facebook,Instagram dan juga tiktok. Jadi bagaimanakah digital marketing dapat membantu perniagaan kita?

Lebih kos efektif berbanding pemasaran tradisional

Iklan yang dibayar memainkan peranan yang sangat penting dalam pemasaran digital kerana ia dapat menyasar pelanggan yang sesuai bagi produk ataupun business masing2. Berbanding dengan cara tradisi di mana iklan hanya keluar kat tv dan juga print ads seperti flyers, brochure apa semua tu mahal tau. Boss nak kena fork out some money tapi results dia tak significant. Mengaku sekarang, siapa yang selalu amik brochure lepastu buang kat tepi sampai berdebu? Ha itula sebab cara tradisi tak seberapa efektif berbanding dengan digital marketing.

Dapat grow out your nama perniagaan anda 

Terdapat sebuah kajian yang telah dibuat tentang marketing tools dan results nya menunjukkan dari brand yang kecil sehingga big players kat luar sana mengaku bahawa marketing tools la yang membantu untuk menghidupkan jenama mereka. Namun faktor2 seperti nama, slogan, warna dan juga logo perlulah sesuatu yang senang diingati ataupun mempunyai intipati yang unik. Jadi tidak salah untuk invest more dalam benda2 tu sebelum memulakan business anda.

Memberi revenue yang lebih tinggi

Menurut sebuah kajian, syarikat yang telah berjaya adapt to digital marketing mencatat peningkatan sebanyak 2.8 kali lebih banyak  dalam revenue mereka. Ini kerana digital marketing mempunyai ai yang pandai menyasar pelanggan yang sesuai untuk business kita. Oleh itu, penyasaran pelanggan, produk adalah sangat penting untuk mendapat conversion rate di mana pelanggan itu bukan sahaja melihat produk kita namun membeli nya.

 

Penempatan Search dan juga Potensi Leads

Yelah sapa je tak shopping online zaman sekarang ni? Lebih2 lagi lepas pandemic ni, nak masuk mall pun malas. Jadi search engines seperti abang google kita akan membantu business kita tu supaya ia dapat dilihat oleh potential customer berdasarkan benda yang dorang search kat dalam google. Digital marketing dapat boost up the sales for the business.

 

So setakat ni je untuk minggu ni. Jumpa korang next week ☺

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn