Pengenalan: Jenama Secantik Rasa
Deechoqo… Bunyi manis kan? Tapi, tahu tak? Untuk jenama makanan, visual yang manis adalah sama penting dengan rasa yang manis! Setiap brand yang berjaya ada cerita di sebaliknya. Dan kisah Deechoqo adalah tentang bagaimana kami di Qis Studio menterjemahkan rasa premium ke dalam identiti visual.
Jom kita mula.

Cabaran Utama (Sebelum Rebranding)
Sebelum kerjasama dengan Qis Studio, Deechoqo sudah memiliki kualiti rasa coklat yang premium dengan rasa yang mampu bersaing di pasaran eksklusif. Walau bagaimanapun, jenama itu berdepan dilema perkembangan:
- Masalah Identiti Visual: Identiti visual sedia ada (logo, warna, dan font) adalah biasa dan terlalu generik untuk produk premium. Ia tidak mencerminkan kualiti bahan atau kemewahan rasa coklat mereka.
- Persepsi Pasaran: Visual yang ‘biasa’ ini menyebabkan jenama sukar untuk menjustifikasikan harga premium mereka. Pelanggan gagal melihat Deechoqo sebagai ‘pemain utama’ dalam segmen coklat eksklusif, sebaliknya menyangka ia adalah produk coklat pasaran biasa.

Mencari Visi (Impian Deechoqo)
Apabila Deechoqo datang ke Qis Studio, mereka datang dengan satu visi yang sangat jelas:
- Mereka mahu sebuah brand yang nampak dreamy.
- Mereka mahu ia kelihatan fun.
- Paling penting, ia mesti kelihatan premium.
Kami tahu, untuk kelihatan premium dan eksklusif, kami perlu lari dari klise warna coklat yang biasa.
- Pilihan Warna Utama: Kami pilih Pastel Blue sebagai warna utama. Ia memberikan impak visual yang segar, bersih, dan serta-merta menjadikannya nampak eksklusif dan unik dalam pasaran coklat.
Menterjemah Rasa ke Dalam Simbol (Logo Hero)
Ini adalah bahagian yang paling menarik dan titik fokus dalam branding Deechoqo: Huruf D.
Ia bukan sekadar D biasa.
- Konsep Coklat Titisan (Chocolate Drip): Kami cipta logo unik yang menggabungkan huruf ‘D’ dengan elemen chocolate drip (titisan coklat).
- Makna di Sebalik D: Jika anda perhatikan betul-betul, terdapat aliran air coklat yang melimpah dan mengalir dengan lembut. Ini adalah simbol visual yang terus merujuk kepada rasa creamy, mewah, dan tekstur coklat mereka yang cair di mulut.
Simple, tapi ada makna. Inilah kuasa reka bentuk.
Fasa 3: Konsistensi Adalah Kunci Ingatan
Selepas logo dan warna asas ditetapkan, kami terus memastikan visi ini diterjemahkan ke semua titik sentuhan jenama.
1. Pembungkusan (Packaging)
- First Impression Penting! Untuk membuktikan produk itu premium, packaging mestilah premium.
- Kami buat rekaan yang clean, minimal, dan nampak mahal. Ia memastikan pelanggan akan terus merasai nilai premium produk Deechoqo sebaik sahaja mereka memegangnya.
2. Jaminan Konsistensi (Brand Guideline)
Qis Studio bukan hanya sekadar mereka logo, tetapi kami mewujudkan sistem. Kami membangunkan panduan branding untuk memastikan jenama Deechoqo kekal konsisten ke semua tempat:
- Dari segi photoshoot.
- Warna pada packaging.
- Pakaian (baju) staf atau merchandise.
Inilah “rahsia” jenama mudah untuk diingati. Konsistensi visual.
Hasilnya: Deechoqo Sudah Sedia!
Jom kita tengok apa yang founder Deechoqo katakan selepas mengambil servis dengan Qis Studio:
Selepas proses rebranding ini, Founder Deechoqo menyatakan keyakinan mereka terhadap jenama kini sepadan dengan kualiti rasa coklat mereka.
Inilah dia Deechoqo yang baru. Jenama yang semanis rasanya.
Brand Anda Bila Lagi?
Di Qis Studio, kami bukan sekadar mereka logo atau packaging. Kami cipta pengalaman yang buat orang ingat dengan jenama anda.
Deechoqo dah nampak semanis rasanya. Brand anda bila lagi? Hubungi kami sekarang.
