Pernah tak dengar perkataan brand awareness? Mungkin ada terbaca kat blog mana-mana ke dia mention pasal brand awareness, tapi korang mesti confuse kan apa itu brand awareness sebenarnya. Takpe, meh tengok post kita ni, kita akan explain semuanya sampai korang faham.
Pernah dengar tak orang associate diri dorang sebagai “Apple people” atau “duckies” atau “budak Nike”?
Inilah apa yang brand awareness boleh buat pada brand korang; dia akan jadi sebati dengan customer lifestyle dan purchase habit mereka sampaikan mereka takkan berfikir dua kali untuk beli brand korang berulang kali, walaupun dengan harga yang tinggi. Brand awareness ni sebenarnya adalah how familiar target audience korang dengan brand korang. Boleh jugak dikatakan brand yang mempunyai high brand awareness ni adalah trendy dan popular, sebagai contoh produk Apple yang trending dikalangan golongan milennials sekarang.
So, apa pulak kepentingan brand awareness ni? Haa, jom kita tengok.
FOSTERS TRUST
Brand awareness leads to brand trust. Zaman sekarang ni ramai orang akan rely on people’s opinions bila nak beli sesuatu produk. Jadi, the more aware people are of your brand, the more people will talk about your brand, which then akan membawa kepada brand trust oleh consumers. Bila consumer dah ada bond dengan brand korang, mereka lebih mudah untuk repeat purchase tanpa second thought. Maka, bila ada brand trust, ia akan membawa kepada brand loyalty. Macam contoh brand tudung dUCk, setiap kali mereka launch tudung baru, mesti ramai akan beratur untuk dapatkan produk tersebut, walaupun harganya mencecah RM300 untuk satu tudung!
CREATES ASSOCIATION
Pernah tak korang sesat kat tengah jalan lepastu kawan korang kata “Cuba kau Waze tempat tu,”? Takpun korang perlu siapkan assignment so korang Google bahan assignment korang? Lepastu, bila korang lapar tapi takde duit, korang makan Maggi, betul tak?
Kami yakin yang korang pernah experience at least satu daripada tiga situasi yang kami sebut tadi. Tapi… perasan tak, apa yang kami sebutkan tadi tu is not a noun or a verb, tapi brand?
Kenapa kita suruh Waze, bukan suruh buka navigation app? Kenapa Google, sepatutnya search engine? Kenapa makan Maggi, sedangkan nama produk tu mi segera? It feels more fun dan simple bila kita refer produk tu dengan nama brand dia, kan? Itulah apa brand awareness boleh buat pada brand, dia associatekan actions dan produk dengan particular brands, and before you know it, consumer actions sendiri yang akan buat marketing untuk produk kita.
So, kat sini kita dah boleh nampak dah power of brand awareness ni. Dia mampu memberikan impak yang besar pada marketing efforts korang, customer perception dan juga revenue korang. Terpulang pada korang if you nak focus on brand awareness atau tidak sahaja. Baiklah itu sahaja kalini, jangan lupa share info ni dengan kawan2 juga ya!