Keunikan Logo kepada peniaga
Hello korang, pernah tak tengok logo kereta T20 BMW? Mesti korang tahu en, dengan warna hitam, putih dan biru tu. Tapi tahu tak, sekarang ni, warnanya dah tukar haaa..
Mesti tak ramai yang tau kan.
Sekarang ni, bulatan yang kat luar tu dah jadi warna transparent. Tapi, ramai yang dah kecam logo terbaru BMW ni. Mari kita tengok kenape la ramai yang tak puas hati tengok pembaharuan logo ni.
Tidak Sesuai
Sebab logo ni sangat la femes, seluruh dunia kenal, pembaharuan nya menyebabkan ramai orang rasa tidak happy dengan logo yang baru. Lebih-lagi apabila logo ini diletakkan atas kereta ataupun dekat steering wheel kereta. Ia akan aneh atau out of place.
Skema Warna
Logo BMW terlalu berpaksikan warna biru dan putih kat tengah tu, to the point kalau nak tukar warna yang surrounding it, ia akan berubah 180 darjah. That’s how dependent logo dorang on the colours tau.
Sebab skema warna ni kan, dorang cuba nak letakkan logo ni atas permukaan yang putih, tapi sebab kat tengah tu memang ada warna putih, dorang kena letak “strokes” around celah yang warna putih tu je yang menyebabkan logo ini tidak nampak seimbang.
Kalau la logo ni ada gred macam kita kat sekolah dulu, pembaharuan logo ni mungkin dapat D je kot sebab ia menjadi pelik dan memerlukan lebih banyak editing supaya logo tu tak nampak pelik.
Okay setakat tu je, jumpa korang minggu depan.