3 TIPS MUDAH MEMILIH BRAND NAME UNTUK BISNES ANDA

Brand name yang hebat bukanlah nama yang nampak gempak dalam business card mahupun nama yang anda rasa comel dan sedap bila didengari. Brand name yang hebat adalah satu brand name yang dapat berkomunikasi dengan pelanggan hanya dengan pelangganmenyebut dan mendengarnya.

Mencari brand name yang tepat mungkin sesuatu yang sukar dalam memulakan bisnes anda. Perlukan anda mencari brand name yang catchy? Mari kita rungkaikan misteri cara memilih brand name dalam 3 langkah yang mudah dan berkesan bersama Qis Studio.

#1 Strategize-it

Meaningful: sebelum memilih brand name, brand name yang anda pilih tidak boleh membawa maksud yang negatif. Brand name perlulah stand out serta memupuk emosi yang positif kepada pelanggan dan juga bisnes sendiri.

mission dan vision: kembali kepada asal kewujudan bisnes anda, fikir semula kenapa anda mahu wujudkan bisnes ini. 

e.g: tudungpeople membawa erti nama brand tersebut “making tudung by the people for the people”

visual: brand name korang boleh dibayangkan oleh pelanggan bila sebut, jangan ambil nama yang sukar disebut. 

e.g : swanheritage, secara automatik anda dapat bayangkan seeokor swan yang cantik dan mempersona sesuai dengan produk yang mereka pasarkan.

#2 brainstorming 

adjective : korang boleh cuba cari adjective yang sesuai dengan brand korang and boleh cari adjective in other languange seperti arab, french, greek atau spanish. 

e.g: energizer, boost.

IMG_0239.jpeg

metaphor : try using brand name by metaphor. Metafor menyampaikan maksud yang lebih berkesan secara emosi kepada pelanggan. Metafor boleh mewujudkan kesetiaan emosi serta membentuk titik permulaan untuk cerita, yang menggambarkan keunikan di sebalik jenama. 

e.g: nike, amazon dan safari.

IMG_0242.jpeg

acronym : bila anda ingin mencipta satu brand name yang panjang dan sukar disebut, pastikan anda ada satu akronim yang senang diingat oleh pelanggan. e.g: yves saint laurent, donna karan new york

IMG_0241.jpeg

founder : jika anda ketandusan idea, anda boleh meletakkan nama anda di dalam brand name anda sebagai satu simbol yang menunjukkan anda merupakan pencipta brand tersebut. 

e.g: versace, chanel.

IMG_0245.png

#3 evaluate

future proof : pastikan brand name anda akan tetap dianggap trendy walaupun setelah berpuluh tahun diwujudkan agar generasi akan datang tidak berfikir brand anda sudah ketinggalan zaman.

memorable : pastikan brand name anda senang diingat oleh semua orang dan tidak susah disebut dan tidak berbelit lidah. Keep it short and sweet.

wide range : jangan tumpukan brand name anda kepada satu produk sahaja kerana bisnes anda mungkin berkembang pada masa akan datang, jadi, reka brand name yang sesuai untuk semua jenis produk. 

Sudah dapat idea nak cipta brand name? Senang je kan sebenarnya nak cipta brand name ni. Yang penting ingat 3 steps yang dah diajar. Jangan lupa, brand name sentiasa melambangkan bisnis anda, jadi, pilih brand name yang gempak dan bagus tau !

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn

Related Posts