TIPOGRAFI

Hello semua, pernah tak korang dengar perkataan tipografi ni? Ha.. jadi minggu ni kita nak share sikit apa tu tipografi dan kenapa ia sangat penting untuk logo business kita. 

 

Jadi amende tipografi ni? Jadi tipografi ni ialah cara untuk membuat susunan perkataan atau letters supaya ia menjadi lebih cantik, menarik dan juga senang dibaca. Kalau terlalu cantik dan susah untuk dibaca nanti customer turn off pula. 

 

So kenapa si tipografi ni penting sangat untuk logo kita? Si tipografi ni la yang akan mewakili logo perniagaan kita kepada semua orang di luar sana. Si tipografi ni juga yang akan memberi logo kita sesebuah personality dan identiti. Misal kata, kalau tipografi tu nampak macam klasik ia akan memberi gambaran yang perniagaan kita ni elegan. Jika tipografi tu nampak messy, maka orang akan ingat company kita tu tak kesah sangat la, in other words, messy.

 

Sebab seseorang individu akan tengok logo kita dari perspektif yang berbeza such as dari segi iklan kat dalam tv, iklan kat sosial media ke so imej logo kita jadi sangat penting untuk kita mengekalkan sesebuah imej yang positif kerana para individu ini mungkin potential customer kita.

 

Setakat itu je perkongsian kita untuk minggu ni, jumpa lagi pada minggu depan.

 

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn