THE 7 ELEMENTS OF BRANDING

Elements adalah primary building blocks of matter. Waktu kelas kimia, ingat tak the periodic table of elements? Semua benda dalam alam semesta (selain tenaga) dijadikan dengan menggabungkan beberapa element tersebut. Sama jugak dengan semua brand dekat luar sama yang dicipta dengan menggabungkan  beberapa element branding yang akan Qis cerita kejap lagi. 

Semua branding element yang Qis nak huraikan ni akan disatukan dan akan mewujudkan brand identity yang kemudiannya digunakan untuk menghasilkan reka bentuk brand yang menarik. Branding element ni penting ye supaya brand kita melekat in the minds of the customers. Jangan ingat branding element ni setakat logo dan brand name je tau, jom kita tengok apa lagi yang ada dalam element of branding.

Sebelum Qis huraikan, sini Qis bagitahu kenapa branding ni penting dan patut semua orang buat. Dalam dunia bisnes, bukan kita seorang je yang ada, jadi kita akan compete dengan berjuta-juta brand lain. Macam mana nak stand out antara semua brand tu? Itulah function branding.

#1 Logo

Logo ialah salah satu cara untuk distinguisehd brand anda dalam dunia bisnes yang competitive ini. Logo secara am-nya ialah gabungan typography, graphics dan warna. Walaupun logo ialah salah satu satu elemen branding sahaja, ia adalah yang paling kerap muncul di kebanyakkan touchpoints customers seperti website, brochures, iklan dan juga packaging. Logo boleh membuatkan customers identify product, service dan organisation kita dengan mudah dan cepat. Pemilihan logo perlu selari dengan brand identity anda.

#2 Brand name

Brand name mengenal pasti specific company, product atau service dan membezakan brand anda daripada brand lain yang memasarkan product dalam category yang sama. Brand name biasanya didaftarkan dengan Pejabat Paten atau MyIPO untuk melindungi ekuiti dan selalunya disertakan dengan logo. Brand name harus melekat dalam fikiran customers dan kekal relevan apabila bisnes anda berkembang. Tiada idea nak pilih brand name? Cepat pergi tengok blog Qis yang sebelum ni !! 🏃🏽🏃🏽🏃🏽

 

#3 Colour palette

Sedar tak sedar, warna mainkan peranan penting dalam branding. Customers boleh ingat brand kita dengan warna je, hebatkan? Qis bagi contoh, kita lalu tepi rumah warna turqoise, terus kita akan cakap “rumah Petronas” betul tak? Besar kan impak warna ni terhadap brand kita? Sebab warna menyampaikan key value dan personality traits. Qis dah ada buat blog about psikologi warna dan cara memilih warna yang berkesan untuk branding, so bolehla pergi tengok

#4 Shape

Kebanyakan organisations consider “shape” sesuatu yang kurang penting, tetapi sebenarnya ia sama penting seperti font dan colours, bentuk adalah perkara penting dalam aspect of design, symbolisimg ideas dan expressing moods. In fact, anda mungkin mengetahui banyak bentuk setiap hari – walaupun anda tidak menyedari bahawa anda mengetahuinya. After all, bentuk yang membentuk segala-galanya di sekeliling kita. Qis akan buat blog special about shape nanti okay !

#5 Tagline

Dalam context branding, tagline ialah memorable motto atau phrase yang dicipta untuk menyampaikan tujuan dan mission bisnes anda kepada customers. Bila customers dengar tagline brand anda, mereka akan dapat clear idea mengenai benefits product anda. Taglines membantu bezakan brand anda dari brand yang lain dengan advantage dan benefit yang ada dalam produk anda yang tidak ada dalam brand lain.

#6 Font

Typography adalah antara element utama dalam branding. Macam mana nak tahu font apa yang sesuai? The simple answer, ia bergantung kepada brand identity yang anda nak create. Qis ada buat blog jugak mengenai font dengan explanation yang lebih padat. Tapi apa yang penting, kalau korang takt tahu cara menggunakan font yang betul, anda mungkin boleh menyampaikan mesesage yang salah kepada cutomers. Contohnya, cuba gambar bawah ni. 

#7 Imagery

Images memainkan peranan yang besar dalam mencipta unique identity untuk bisnes anda. Imagery merangkumi semua jenis imgae yang digunakan dalam branding, marketing and advertising dalam website atau di feed Instagram. Images represents bagaimana anda mahu customers melihat anda apabila berfikir tentang brand anda. Elak menggunakan images yang kerap muncul di brand lain dan images yang teralalu generic atau obviously staged. Instead, guna images yang genuine dan feature authentic people, places, dan lain-lain.

Itu hanya explanation yang ringkas for all the points, kalau nak huraian yang lagi detailed boleh try cari dekat blog Qis yang sebelum-sebelum ni or yang akan datang. Baca satu-satu tau baru lagi faham ! Teruskan usaha untuk baguskan brand anda 🤍

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn