Hii korang, jadi minggu kita nak bincang tentang kenapa logo sesebuah perniagaan ini perlu diperbaharui dari masa ke semasa. Haa.. saya rasa korang perasan tak, yang perniagaan besar-besar seperti BMW dan juga Nissan sekarang dah perbaharui logo mereka? Mereka tak tukar cuma ada bebepara element kat logo asal dorang dah ditukar. Jadi, jom kita dissect tentang pembaharuan logo.
Logo merupakan an integral part of mana – mana perniagaan. Kalau seseorang itu ada perniagaan, logo itulah yang akan buat orang ingat tentang business mereka. So, kalau business tu growing, maka audience nya juga akan menjadi lebih ramai.
Jadi the first reason ialah arus pemodenan. Arus pemodenan ini tak dapat dielak. Jadi, selepas sesuatu jangka masa, logo ni boleh jadi outdated dan akan nampak kurang menarik bagi sesuatu zaman. Oleh itu, sebagai seorang yang berkecimpung dalam bidang perniagaan ini, kita kena selalu stay relevant. Siapa je nak logo dorang nampak macam something yang dah lapuk kan?
Alasan yang kedua pula, ialah halangan. Semakin perniagaan itu membesar, maka produk dan market nya akan berubah juga. Logo yang dah lapuk boleh menyebabkan perniagaan itu terbantut. Ini kerana, logo yang lama mungkin mempunyai beberapa patah perkataan yang spesifik tentang perniagaan tersebut yang business owner itu tak nak highlight. Misal kata, ada perniagaan tentang delivery. Tapi sekarang bukan delivery je namun food delivery pun ada, taxi pun ada jadi tak masuk akal la kan kalau nak letak delivery je kat logo tuu. Secara tidak langsung akan menghalang company itu from growing.
Seterusnya pula, pendigitalan. Pada zaman sekarang ni, business apa yang tak advantage of the digitalisation. Sekarang ni semua duk depan komputer tuu. So logo yang lama mungkin tak sesuai untuk peranti- peranti zaman sekarang ni. Oleh itu logo ni kena diubah suai occasionally. Kalau tak, nanti logo nampak kecil kat instagram, nampak terlalu besar kat twitter ha kan dah lari aesthetics tuu.
Soo setakat ni je untuk minggu ni ye. Jumpa lagi minggu depan. Bye.