Hello korang.. minggu lepas kita dah bincang tentang mengapa pemilihan warna sangat penting untuk brand korang. Jadi minggu ni, kita nak bincang bagaimanakah cara untuk memilih warna yang bersesuaian dengan brand anda. Sebelum tu, ini lah beberapa benda yang anda perlu tahu sebelum membuat pemilihan warna.
Kumpulan sasaran
Pertama sekali anda kena tahu siapakah kumpulan sasaran anda. Anda perlu faham kumpulan sasaran ni dengan baik. Dari segi apa yang dorang suka atau minat. Dorang perlu berada dalam mood yang apa baru dorang nak beli barang. Anda juga perlu pertikaikan bahawa di manakah mereka akan guna produk anda atau servis anda. Adakah ia akan digunakan di luar ataupun indoors? Ni anda kena ada jawapan untuk semua ni baru boleh proceed untuk pilih warna yang sesuai untuk business anda.
Skema Warna
Seterusnya pula anda perlu pilih skema warna yang sesuai. Anda perlu pilih warna yang mewakili brand anda secara menyeluruh dan juga warna yang menarik kepada kumpulan sasaran anda.