Kalau orang tak kenal anda, mereka takkan purchase barang or service dari anda, betul? Brand awareness ni berlaku bila orang ingat dan kenal brand anda through a logo atau company name. So, macam mana caranya kita nak raise brand awareness ni? Haa,, continue reading and korang akan tahu 5 cara berguna untuk raise brand awareness!
#1 INVEST IN ADVERTISING
Of course, anda perlu invest in advertising. Tapi, kat sini kita nak tekankan untuk korang advertise on the right channels. Yela, sekarang kan banyak je tempat untuk kita advertise produk or brand kita kan, tapi di mana kita advertise tu penting.
Social media dan Google ads adalah antara platform yang bagus. Jangan lupa cara copywriting ads korang JUGA perlu mantap supaya ia kena pada audiens anda.
#2 GET INFLUENCERS TO DISPLAY YOUR PRODUCT
Menggunakan khidmat influencers juga adalah cara yang terbaik untuk upkan brand awareness selain generate bigger revenue. Social media influencers ni mostly dah ada established audience yang kenal dan trust mereka, jadi bila mereka mention produk/brand anda, automatically more people will be aware of your brand.
Contoh brand yang menggunakan tactic ni untuk menaikkan brand awareness is Dahmakan. Dahmakan is a service yang hantar in house meals across Klang Valley area. Cara mereka menggunakan bantuan influencers is by having the influencers post videos or pictures of them makan makanan daripada Dahmakan tu dan juga memberi promo code khas untuk followers mereka.
#3 PARTNER WITH BIGGER BRANDS
Kalau anda adalah brand kecil-kecilan yang baru nak naikkan nama dalam business world ni, it is a good thing to partner with bigger brands untuk collaborate on a product ataupun giveaways. Pergi ke Instagram dan cari a few brands yang anda rasa nak bekerjasama dengan mereka.
Engage in a conversation dan build a relationship dahulu dengan mereka dan seterusnya barulah anda ajak mereka untuk collaborate bersama. This is a good way for you to put your name out there dan juga kenal dengan lebih ramai influencers dan brands. Instagram giveaways adalah a good collaboration project sebab contestants perlu follow both brands, jadi it’s a win-win situation for both!
#4 OFFER FREE TRIALS
Semua orang suka benda percuma, betul tak? Dan semua orang suka test dulu sesuatu produk sebelum dia rasa berminat untuk beli, kan? Jadi, giving out free trials ni lah akan membantu brand anda bukan sahaja dari segi brand awareness tapi juga brand trust.
Kalau kita ambil contoh Iflix pula, mereka skip terus free ‘trial’ ni dan terus berikan pengguna a free version of their service, tanpa perlu isi any card details! Of course lah free version ni ada ads kan, tapi this gives the users an option untuk test produk mereka tanpa komitmen masa dan duit.
#5 USE BRANDED PACKAGING
Pernah tak korang beli barang online yang datang dengan branded packaging? Rather than it looking like a normal shipment, kita akan rasa macam dapat hadiah daripada seseorang, betul kan?
Zaman sekarang ni semua benda kita nak share online, dan salah satu benda yang kita suka share online is unboxing videos. Bila kita berikan branded packaging pada customer, ia akan memberikan a better customer experience as well as creating connection dengan customers. Bila customer share unboxing videos ni pulak secara tak langsung akan bantu kita advertise brand dan upkan brand awareness kita.
Inilah 5 cara berkesan untuk menaikkan brand awareness anda. So, rasa-rasa yang mana anda nak cuba dulu?