Skip to content
  • Home
  • services
  • Portfolio
  • Insight
  • About
  • contact
  • Home
  • services
  • Portfolio
  • Insight
  • About
  • contact
  • Home
  • services
  • Portfolio
  • Insight
  • About
  • contact
Let's Talk
  • December 20, 2019
  • No Comments

MENGAPA BISNES ANDA MEMERLUKAN LOGO

Mungkin anda membaca blog ini kerana anda masih ragu-ragu untuk menambah logo pada brand anda. Mungkin juga anda di blog ini kerana mahukan second opinion, sebab jiran sebelah rumah kata “Tak payah logo pun bisnes kau boleh maju.. Bazir je nanti..”

Ishh.. Pening! Kena ada logo ke tak ni…

Jangan risau, dalam post kali ni saya nak share kenapa pentingnya logo pada brand anda supaya korang semua berubah fikiran dan cepat-cepat call Qis Studio nak tempah logo. Eh?

MENGAPA LOGO PENTING?

#1 FIRST IMPRESSION

Macam manusia, semua benda ada first impression. Pernah dengar tak yang customers hanya mengambil masa 3 saat untuk membuat first impression pada brand anda?

Haa, kat sinilah logo anda memainkan peranan yang besar. Logo itu perlulah communicate ownership pada barang atau niche anda. Jika logo anda menarik, ia akan membuat audiens ingin lebih tahu tentang brand anda.

#2 SEPARATES YOU FROM YOUR COMPETITION

Katakan anda adalah seorang penjual kerepek. Bagaimana pembeli nak tahu beza kerepek korang dengan kerepek brand lain?

Logo anda yang akan memberitahu pelanggan kenapa bisnes kerepek korang lebih unik dari bisnes kerepek orang lain. Mungkin ada 20 penjual kerepek di kawasan berdekatan anda, tapi anda sorang sahaja yang menjual kerepek kentang perisa strawberry, dan logo anda yang mempunyai imej kentang berwarna pink itu yang akan membezakan bisnes anda dari orang lain. 

Dalam erti kata lain, logo ni lah yang akan memberitahu consumer mengapa brand anda lebih baik dari brand yang lain.

#3 MEMUPUK ‘BRAND LOYALTY’

Bila brand anda makin berkembang, logo anda akan lebih dikenali ramai dan ia akan bantu membina kepercayaan konsumer. Loyalty akan datang seiring dengan kepercayaan. Lagi ramai yang mempercayai brand anda, lagi ramai yang akan setia pada produk anda.

Sebagai contoh, brand kasut Skechers. Anda kenal brand ni sebagai brand kasut yang selesa. Disebabkan itu, anda hanya akan membeli kasut yang ada logo S dari brand Skechers sahaja.

#4 IT IS EXPECTED OF YOU

Yang terakhir! 

Korang kalau tengok website brand, korang cari apa dulu? Mestilah logo kan! Logo tu mesti benda pertama yang korang akan nampak, kat atas website ke, kat hujung belah kiri ke, kanan ke…

Kalau takde logo, tak rasa pelik ke? Korang akan trust tak website tu kalau takde logo? Mesti ragu-ragu kan… 

Sebab tu pentingnya logo pada bisnes anda.

Baiklah, itu sahaja untuk hari ini. Semoga semua mendapat manfaat dari post ni, jangan malu-malu untuk contact kami directly kalau ada sebarang pertanyaan tentang logo.

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn
PrevPreviousCARA PEMILIHAN WARNA YANG SESUAI UNTUK LOGO ANDA
NextFONT PSYCHOLOGY – GUNAKAN TYPEFACE YANG BETUL UNTUK LOGO ANDA!Next

Related Posts

BLOG PEMASARAN DIGITAL

Read More »
06/09/2022 No Comments

5 BENDA YANG ANDA BOLEH BUAT UNTUK BISNES ANDA SEWAKTU RMO

Read More »
30/03/2020 No Comments

HOW TO GENERATE PRODUCT IDEAS

Read More »
06/03/2023 No Comments
  • QIS STUDIO (M) SDN BHD (1545905-T)
  • +60 17 206 7924
  • contact@qisstudio.com
  • career@qisstudio.com
  • E-3A-M, Bangi Gateway Shopping Complex, Persiaran Pekeliling, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

© 2025 Qis Studio (M) Sdn Bhd. All rights reserved.