Hitam adalah warna kegemaran korang. Dari phone ke baju korang semua warna hitam. Jadi, logo brand korang pun kenalah warna hitam juga kan?
TETTTT!!! SALAH!!
Setiap warna mempunyai maksudnya yang tersendiri, jadi memilih warna yang sesuai untuk business anda adalah sangat penting untuk memastikan brand anda mudah dikenali orang ramai. Tahu tak benda pertama yang customer akan nampak pada logo anda adalah warna?
Haa kalau nak tahu lebih lanjut macam mana nak pilih warna yang sesuai untuk logo brand anda, sambung baca post ni.
PSIKOLOGI WARNA
WARNA MAKANAN
Kalau korang perasan, banyak business f&b menggunakan warna merah, kuning dan oren pada logo mereka. Ini kerana, warna-warna panas ni akan merangsang rasa lapar pada mereka yang melihatnya. Selain itu, warna-warna yang disebutkan ini dapat grab attention pelanggan. Jadi, kalau korang nak start business f&b, boleh lah incorporate warna-warna panas ni pada logo korang.
Tapi ingat! Too much of a good thing is a bad thing. Jangan campur adukkan semua warna-warna ni pulak tanpa planning yang sesuai, nanti lagi serabut customers nak tengok nanti.
WARNA KORPORAT
Cuba tengok logo-logo korporat ni. Kebanyakan logo korporat menggunakan warna biru atau hitam. Ini disebabkan warna biru yang melambangkan loyalty and trust, dimana company tersebut mahukan prospek mereka untuk mempercayai brand dan business mereka. Manakala warna hitam pula sinonim dengan elegance dan sophistication. Ia juga warna dominant, yang menunjukkan power kepada mereka yang melihatnya. Pastikan jika anda memilih warna hitam sebagai warna main logo anda, jangan menampakkan aura yang negative pada logo tersebut.
LAIN-LAIN WARNA
PURPLE
Warna ungu ini adalah mix between biru dan merah, jadi ia adalah warna yang attention seeking dan pada masa yang sama menunjukkan elegance dan glamour. Warna ungu sesuai dijadikan main colour pada logo anda jika brand anda lebih kepada fashion atau sesuatu yang kreatif.
HIJAU
Hijau melambangkan environment dan continuous growth sesuatu company. Ia selalu digunakan untuk logo industry tenaga dan juga IT. Oleh kerana warna hijau adalah warna nature, sesiapa yang melihatnya akan merasa lebih tenang. Disebabkan itu juga, kebanyakan outdoor brands akan menggunakan warna hijau sebagai logo mereka.
Sama macam manusia, setiap warna mempunyai personalitinya sendiri. Pilihlah warna logo yang melambangkan personality brand korang supaya korang boleh target the right prospects.
Itu sahaja perkongsian harini…