Baca ni semua!
Harini Qis nak bagitau bagaimana Kedai Kacamata Nur Kaseh dapat menaikkan brand awareness mereka dengan hanya menambah logo pada brand tanpa perlu promosi besar-besaran. Dengan hanya satu logo yang mantap, Kedai Kacamata Nur Kaseh ni dah jadi hot topic of the month! Menarik kan?
Kisah benar ni Qis nak share supaya dapat dijadikan motivasi kepada brand owners kat luar sana yang masih ragu-ragu nak buat proses rebranding. Perkongsian ini sedikit panjang dan padat, but it’s worth a read supaya dengan ilmu ni korang boleh lebih confident untuk membuat logo rebranding. No challenge, no change!
Ceritanya begini.
Beberapa minggu lepas, Qis pergi melawat Kedai Kacamata Nur Kaseh di Klang City Square. Sampai je dekat bangunan tu, Qis Nampak satu signboard yang sangat besar warna pink, purple dan gold, dengan tulisan “Kedai Kacamata Nur Kaseh”. Kiri kanan pintu ada bunting dengan tulisan dan warna yang sama. Masa tu Qis rasa ‘wow, eye-catchingnya kedai ni!’

Selepas Qis dah habis tatap signboard tadi, Qis pun masuk kedai kacamata ni. Sekali lagi Qis kagum tengok satu kedai dihias dengan warna pink, purple dan gold, sampaikan pekerja kedai pun pakai uniform dengan tona warna yang sama. Customers yang membeli cermin mata dari kedai ni pun akan dapat paper bag berwarna purple. ‘Okay, they have their own colour palette and are staying true to their brand guideline. That’s good.’ Qis pun boleh nampak yang customers mereka sangat ramai dan servis yang diberikan pun sangat mantap.

Jadi, apa masalahnya dengan bisnes ni? Lepas borak dengan owner kedai, barulah Qis tahu – brand mereka ni tiada logo. No logo equals no brand identity. Orang tak kenal brand ni sebab mereka tiada specific identity yang melambangkan mereka. Business owner ni nakkan orang lebih kenal Kedai Kacamata Nur Kaseh as soon as orang nampak logo kedai tersebut.
Bagusnya owner Nur Kaseh ni adalah sebab dia percaya dengan kuasa branding and marketing, sebab tak ramai business owners yang nak invest dekat branding kerana bagi mereka, branding tu tak penting. Kat situ ramai silap, sebab good brand awareness leads to better business. Tengok je big brands yang ada di Malaysia sekarang, rasanya kalau founder business tu tak invest dekat branding, boleh tak jadi popular macam sekarang?
Nak dijadikan cerita, mereka pun ambik la package Qis Studio yang paling premium, which includes Facebook dan YouTube banner sekali. Seterusnya, Qis keluarkan a few design concepts mengikut colour scheme kedai mereka. Qis pastikan yang warna, font dan bentuk logo tersebut reflect balik kepada business mereka dari segi konsep dan business culture. Sebagai contoh, Qis gunakan font Monteserrat, iaitu Sans Serif typeface, untuk melambangkan kejujuran mereka dalam business.
Selepas Qis dah siapkan logo and mereka pun dah berpuas hati dengan logo tu, Kedai Kacamata Nur Kaseh terus tukar profile picture Facebook page mereka dengan gambar logo yang baru. As expected, banyak positive feedback yang mereka dapat just by uploading their new logo. Nampak tak apa impact logo yang menarik kepada audiens? Ia dapat menarik perhatian pelanggan serta klik yang banyak. Respon pelanggan untuk membeli juga tinggi.

Sampai sini jelah cerita Qis harini. Kalau korang rasa cerita ni bermanfaat dan korang rasa terbakar untuk buat rebranding logo bisnes korang, jangan malu-malu untuk contact Qis dan Qis akan bantu korang sampai orang lebih kenal brand korang. Ingat, branding juga penting dalam sesuatu business supaya customers akan stay loyal and lebih ramai akan recognise your brand.