APA ITU BRAND PERSONALITY?

Setiap brand mempunyai personalitinya tersendiri sama seperti manusia. Brand personality ini adalah sesuatu yang customers boleh relate emotionally dengan brand tersebut. Kat sini saya nak ingatkan yang brand personality ni TAK SAMA dengan brand identity. 

Bayangkan kalau brand ni adalah manusia; brand identity tu adalah muka dia, whereas brand personality tu pulak macam mana dia mengekspresikan diri dia. Dia ni friendly ke, rugged ke, ataupun dia seorang yang reliable? Haa gitu.

BAGAIMANA NAK MEMBINA BRAND PERSONALITY?

Branding strategies: nama brand, logo, font dan warna brand memainkan peranan dalam membina brand personality.

Marketing: promosi, taglines, product packaging dan lain-lain aktiviti marketing juga membawa kepada brand personality.

5 BRAND PERSONALITY UTAMA

Image from Google

CONTOH BRAND PERSONALITY

Harley Davidson

Image result for harley davidson logo"

Brand ini mempunyai personaliti yang rugged dan rebellious. Kita boleh tengok ni daripada promotional campaigns nya yang menamakan motosikal mereka dengan nama ‘mean machines’ dan juga logo mereka yang menggunakan warna yang dinamik dan attention seeking. Iklan mereka juga menggunakan pelakon-pelakon yang ganas untuk menampakkan lagi personality brand mereka.

Coca-Cola

Image result for coca cola logo"

Personality brand Coca-Cola ni pulak lebih kepada mesra dan exciting. Contohnya macam kempen social media mereka yang sangat cheerful macam kempen Coca Cola Malaysia #Kebaikanbermuladengan serta penggunaan young faces pada advertising mereka yang membuatkan lebih ramai orang muda rasa connected dengan brand ni.

Baiklah, itu saja perkongsian saya harini. Jangan lupa share dekat kawan-kawan info ni okay!

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn