Membina satu bisnes tidak berlaku dalam sekelip mata. Terdapat banyak proses yang p erlu dilalui sebelum memulakan bisnes seperti market research, data analysis, internal interviews dan banyak lagi. Disebalik proses yang panjang dan sukar itu, terdapat satu brand-building tool yang dapat membantu anda dalam memulakan bisnes iaitu mood board.
Mood board ialah satu collection of designs, gambaran, bentuk, simbol dan warna yang melambangkan brand anda. Mood board adalah seperti collage yang mengandungi pelbagai gambar, teks dan objek lain yang mentakrifkan brand anda dan menyampaikan identiti brand anda. Ia juga boleh berfungsi sebagai panduan dalam membangunkan projek perniagaan, seperti website. Kenapa mood board penting kepada bisnes anda ?
#1 Visual framework yang kuat dapat dibentuk
Bila dah ada moodboard, anda sudah nampak dengan jelas kemana arah tuju sesebuah produk itu akan dicipta. Jadi anda tidak perlu dah keliru dan ragu-ragu apabila mahu mencipta sesebuah produk kerana sudah ada mood board yang akan membantu menyenangkan kerja anda sama ada dari segi identiti atau keunikan yang perlu ada dalam produk tersebut.
#2 Jimatkan masa
Mood board membantu anda membina collection of image, corak dan font yang sudah anda dan team pilih dan setujui. Ia akan menjimatkan masa anda daripada perlu meminta pendapat dan persetujuan daripada team anda apabila mahu mencipta marketing materials. Tak perlu dah bazirkan masa fikir warna yang sesuai dan tema yang perlu ada dalam sesuatu produk yang hendak dicipta.
#3 Guidance
Mood board yang mencerminkan brand anda boleh bertindak sebagai guide untuk memastikan anda focus kepada brand identity bila anda mencipta logo, business card, website atau barang marketing yang lain.
Okay itu je untuk hari ini mengenai mood board, Qis ada sediakan sedikit list element yang boleh anda letakkan dalam mood board anda ialah
- warna 🎨
- tipografi 📝
- ideal costumer 🧍🏻♂️
- graphic 🏞
- logo style 📸
- value 💌
Semua dah faham tentang mood board? bukan setakat best buat mood board ni, mumudahkan bisnes kita pulak tu. Jadi jangan lupa buat mood board tau 😉