5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU REBRAND BISNES ANDA

Rebranding ialah strategi pemasaran di mana nama baharu, term, simbol, reka bentuk, konsep atau gabungannya dicipta untuk mencipta brand yang lebih bagus dengan niat untuk membangunkan identiti baharu yang berbeza dalam fikiran pengguna, pelabur, pesaing dan pihak berkepentingan lain. Matlamat biasa rebranding adalah untuk mempengaruhi persepsi pelanggan tentang produk atau bisnes secara keseluruhan dengan menghidupkan semula jenama dan menjadikannya kelihatan lebih moden dan relevan dengan keperluan pelanggan masa kini.

Terdapat banyak contoh produk antarabangsa yang sudah melalui proses rebranding antaranya starbucks, mcdonald dan pepsi. Apa pentingnya rebranding ni sampai brand besar pun buat? Mari kita selidik dengan lebih lanjut bersama Qis studio.

IMG_0253.png

IMG_0266.jpeg

#1 Outdated image 

Mungkin logo yang anda gunakan sekarang untuk bisnes anda akan dianggap outdated pada masa akan datang. Jadi anda perlu rebrand logo anda menjadi logo yang lebih simple dan senang diingat. For instance, Apple telah rebrand logo mereka beberapa kali dari tahun 1976 sehinggalah logo sekarang yang kelihatan lebih simple.

IMG_0259.jpeg

#2 Bad reputation

Apabila anda melakukan bisnes, anda tidak akan lari dari kecaman dan cemuhan orang. Jadi apabila sudah ada persepsi negatif dari orang, anda perlu rebrand semula bisnes anda untuk memperbaiki semula kesilapan anda. Sebagai contoh, jenama terkemuka Victoria Secret pernah dikecam kerana slogan mereka yang berbunyi “the perfect body” memaparkan model langsing sahaja dan dianggap bodyshaming, jadi mereka rebrand semua slogan mereka kepada “a body for every body”. 

#3 Too similar

Mencipta sebuah logo mungkin sesuatu yang sukar kepada sesetangah orang dan tidak mustahil akan ada bisnes lain yang mempunyai logo lebih kurang sama dengan anda. Jadi apabila kita rasa logo kita lebih kurang sama dengan bisnes orang lain, kita perlu rebrand semula agar pelanggan tidak keliru mana satu bisnes kita. Di sini Qis sertakan beberapa logo yang lebih kurang sama dari 5 bisnes yang berbeza. Susah kan nak bezakan?

IMG_0258.jpeg

#4 Boost value of company

Rebranding akan meningkatkan persepsi positif daripada customer. Apabila customer menunjukkan persepsi tersebut, ia akan memberi impak yang positif kepada brand financial perfomance. Bila dah rebrand, bisnes kita akan jadi asset yang lebih valueable. Qis bagi contoh macam nak renovate rumah, bila rumah dah direnovate mestilah harganya lebih mahal dari rumah asal kan?

#5 New target audience

Bisnes kita akan berkembang dari masa ke semasa jadi kita perlu logo, slogan dan brand name yang lebih relevan. Sebagai contoh dulu anda menjual baju untuk para wanita dengan nama bisnes “Princess” dengan logo crown. Tetapi bisnes dah dikembangkan dengan menjual pakaian lelaki juga. Jadi logo dan brand name sudah tidak relevan dengan produk yang dipasarkan, jadi rebranding is a must  in this case.

Penting kan rebranding ni dalam bisnes anda. Percaya atau tidak bisnes anda akan sampai ke satu masa yang perlukan rebranding untuk kelihatan lebih fresh dan trendy. Jadi, bersedia tau dari sekarang !

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn