Hello semua, kita jumpa sekali lagi pada minggu ini. Haa minggu ni kita nak cakap sikit tentang kesetiaan kepada jenama ataupun brand loyalty. So amende pula brand loyalty ni? Penting sangat ke brand loyalty? Ha ini umpama netizen yang selalu bergaduh tentang apple dengan android tu la. Yang loyal sangat kat Apple akan selalu defend brand ni, bagi yang suka android tu ape lagi, start la mencarut tentang kebaikan android ape semua. So inilah yang dimaksudkan dengan brand loyalty. Tapi hari ni kita nak tahu kenapa ada orang yang setia kepada sesuatu jenama tersebut.
Ada 3 kriteria kesetiaan kepada jenama
Emosi
Jadi seseorang customer tersebut akan develop an emotional attachment kepada sesebuah brand. Emotional attachment tu boleh datang dari segi harga yang murah ataupun servis yang tiptop daripada peniaga tersebut. Customer juga boleh develop emotional attachment apabila servis yang diberi oleh peniaga itu boleh customise.
Pendekatan jenis pemasaran
Ha seterusnya pula ialah pendekatan pemasaran ataupun marketing approach. Kalau peniaga nak customer yang lebih loyal maka peniaga boleh menjual idea yang relatable kepada si pembeli. Tengok Apple, kualiti dia takda la canggih mana, namun mereka menjual idea di mana si pembeli akan menjadi lebih hebat kalau guna peranti dorang. Sama juga untuk peniaga-peniaga lain.
Marjin keuntungan
Kebanyakan company yang mempunyai brand loyalty yang tinggi akan mempunyai marjin keuntungan yang lebih tinggi. Sebab para pembeli lebih hormat dekat brand ataupun company tersebut.
Jadi manakah satu lebih penting untuk anda? Brand loyalty ataupun customer loyalty.
