5 KEPENTINGAN EFFECTIVE BRANDING STRATEGY

Ramai yang tahu tentang branding, namun anda tahu tak apa kepentingannya mempunyai branding strategy yang efektif? Sambung baca kat bawah ni jika anda nak tahu.

#1 IMPROVES BRAND RECOGNITION

Bila branding strategy anda dah berhasil, lebih ramai orang yang akan kenal dengan brand anda. Jadi long term effectnya, anda tidak perlu menghabiskan duit untuk mempromosikan produk atau brand anda. Customer sendiri yang akan datang kepada brand anda jika anda telah menggunakan strategi branding yang betul.

#2 INCREASES CUSTOMER’S TRUST

Apabila brand anda telah dikenali ramai, lebih ramai yang akan percaya dengan brand anda. Ini juga perlu on par dengan produk atau bisnes yang anda offer. Sebagai contoh, brand tudung dUCk dimana ia dipercayai oleh pelanggan setianya kerana tudungnya yang berkualiti. Walaupun brand anda telah established, namun jika apa yang anda offer tidak memuaskan hati pelanggan, ia juga akan mengakibatkan loss of trust.

#3 INSPIRES YOUR EMPLOYEES

Yang ketiga, apabila branding strategy anda efektif, pekerja anda juga akan rasa lebih inspired dengan anda dan akan boost up their motivation untuk bekerja dengan lebih keras. Ini kerana mereka lebih bangga untuk berkerja dengan an established brand. Jadi, ia adalah win-win situation untuk both parties. 

#4 INCREASES YOUR FINANCIAL VALUE

Financial value ni bukan sahaja bermaksud yang anda makin kaya, ia juga bermaksud yang anda lebih berdisiplin dan organised dari segi kewangan. Apabila brand anda dah makin terkenal dan income anda dah makin stabil, anda akan lebih rasa disciplined untuk membuat money choices yang bijak.

#5 IT GENERATES NEW CUSTOMERS

Baiklah, yang terakhir tapi tak kurang pentingnya ialah, ia membawa kepada new prospects. Apabila branding strategy anda efektif, dengan automatiknya pelanggan anda akan bertambah. Jadi anda tidak perlu pergi mencari customers baharu. 

Itu sahaja perkongsian hari ini. Jangan lupa share artikel ni dekat kawan supaya mereka dapat tahu sekali!

Share:

WhatsApp
Facebook
LinkedIn